Friday, June 17, 2011

Suara....


Assalammualaikum...


Dunia itu berubah2...apatah lagi penghuninya...hidup yg bagai roda, senang bile di atas, gundah bile dibawah, kecewa dan pasrah dunia itu juga yg kita jalani...barangkali kita terlupe...dunia itu bukan yang abadi, tmpt persinggahan, ade lagi perjalanan jauh...semoga yg kita ubahkan itu utk hdupan yg lbih abadi...


org itu pergi, org lain yg dtg...rs itu yg mendiami, rs itu juga yg diketepikan...bersuara x semestinya didengari...diam x semestinya menyetujui...laluilah, kayuhlah, hadapilah..kelak dugaan itu yg mematangkan kita...pandangan mata x setulus pandangan hati...luaran mungkin xseindah spt jiwanya...tp jiwa dan hati itu yg membentuk kita seadanya...


kuatkan hati, kuatkan semangat...tentu yg baik itu akan datang akhirnya..dari Pencipta Yg Esa...semoga doa itu merubah segalanya...aminnn


~~~~teratak sufi~~~

6 Rejab 1432....

Tuesday, April 26, 2011

Tag-question-answer...

1 - ape bende yg pnting dlm hidup korang?
-buku2 motivasi sy, kereta merangkap jet pejuang, handphone kot…

2 - benda trakhir yg korang beli dgn duit sndiri?
-hr2 membuang duit, kalau benda beli suar sukan semata2 nak pergi team building…yeah

3 - di mana tempat korang ingin melangsongkan prkahwinan & tema prkahwinan anda?
-xfikir pun…kena ade tema ke?...kat masjid sudah..

xtahu menahu ttba ke no. 7)

7 - antara mak dgn ayah mana korang lebih mesra?

-mak…sbb mak je ade…abah dah meninggal…

8 - namakan nama2 org yg betul2 nak jumpa dlm idop?
-hmmm future husband kot…

9 - adakah korang basuh baju sndiri?
-yolah..tp guna tenaga mr machine..

10 - dimanakah tempat yg korang betul2 nak pergi?
-mekah, madinah…please take me to that place…dan pulau2 yg cantik…redang, perhentian, sipadan…

11 - beritahu 3 perkara tentang org yg tag anda?
-comel
-baik hati
-Kreatif
-bakal melangsungkan perkahwinan kot(ttba bau nasi minyak dr shah alam)


12 - 3 bnda yg korang sayang dlm idop korang?
-buku yg penuh dkat rak buku sy
-kereta sbb untuk pergi kerja yg superjauh
-pendrive warna merah!


13 - lagu korang suka dan selalu dengar?
-lagu2 opick…sedang layan JANGAN PERNAH BERUBAH ST 12


14 - 6 blogger yg korang nak tag?
-linda chabie-lupekan stress exam , mari berblogging
-sue kuantan(lame xdga cte)
-pakcik hi(zhafri)

…tu je blogger yg sy knl…kalau xcukup kuota…nm2 diatas sila buat dua kali..yey..

Tuesday, December 21, 2010

sepi...

Assalammualaikum...
Lama x menulis, xtahu ape yg nk dikongsi...mgkin menyepikan diri mase yg sesuai buat masa ni...byk yg nak dikongsi...tp stp kali mmbuka blog...tgn lemah menitip bicara...semoga kekuatan tu pulih kembali....

2 ke 3 bulan ni pelbagai peristiwa, pelbagai jenaka, pelbagai ceriter yg mengisi indahnya hidup dlm menutup tabir 1431H...sy hny diam, merasa, mengambil iktibar dan mengisi ruang2 yg kosong dgn bicara2 sepi...slalu saje bnd yg diingini xditemui, yg menguji pula silih berganti...xtahu dimana kuatnya sy, lemahnya sy, diamnya sy, sepinya sy...cuma yg menafsir lebih byk dr yg mengetahui...wallahu'alam...

jika belum terlambat sy mengucapkan Salam Maal Hijrah 1432...semoga bertambahnya tahun penghijrahan, kita seiring dgn perubahan ke arah kebaikan berlandaskan Quran dan Sunnah...hati selalu menduga khabar apa yg akan ditemui sepanjang 1432H...semoga berita gembira yg ditemui...seandainya ujian dtg lagi semoga ianya terus mentarbiyah hati ini menuju ke pemiliknya yg abadi..semoga dibantu Yang Maha Kuasa, semoga terus kuat, tabah dan sabar dlm meneruskan perjalanan hidup yg sebentar cuma...

sy doakan semua pun begitu, keluarga, saudara mara, kwn2 dan saudara seIslam seluruh dunia...fikiran masih lagi mencongak2 perancangan ape yg perlu disusun menempuh tahun baru...semoga dibantu seadanya....

Kita
jangan kerana esok kita lupa kisah kemarin
jangan kerana indahnya hari ini kita lupa tentang semalam
coraknya dan tempatnya berbeza
tapi kita masih orang yang sama

masakah merubah kita
atau agama yang merubah kita
kitakah yang memimpin
atau kitakah terpimpin
lama atau sementara bukan ukuran
kekal dan beterusan itu yang didambakan

tanya pada hati
fikir dengan akal
bertindak dengan iman
jangan tangguh pd yg merugi
cantum gerak bentuklah kehidupan
panjat usaha, doa dan tawakal padaNya
moga tarbiyahNya memayungi kita..

AMIN
-islamindah1432H-
rindukan perubahan

Thursday, November 11, 2010

diam & dengar...

manusia merasa kuat kerana dirinya
tapi dia lupa itu semua dari Pencipta
manusia rasa lemah kerana dia tiada sesiapa
tapi dia lupa Allah sentiasa bersama dia
tasbih, tahmid hanya utk Allah
semoga lidah itu terus basah menyebutnya...

kamu kuat disana
bukan sebab aku disini
kerna Dia menjaga kamu
rindu kita milik Dia
rajuk kita milik Dia
sayang kita milik Dia
jauh xsemestinya kita lemah
dekat xsemestinya kita erat
kasih xsemestinya memiliki
dengar pada hati
diam pada bicara
hanya kita yg mengerti...
salam pejuang Islam
-islamindah2010-

Tuesday, October 12, 2010

Dia...

Dia,
Satu dalam beribu,
Kental dalam berusaha,
Penuh membara semangat dijiwa,
Teguh mendaulat agama ...

Ku temui dia dalam dingin dan sejuknya
Kedap malam,
Dlm sujud dambaan pada Pencipta,
Dia diam merenung penuh makna,
Redup matanya membelah jiwa...

Aku tahu dia kuat,
Walau hidupnya berentak liku,
Walau tak pernah meluah rasa,
Walau tersenyum melirik bibirnya...

Dia itu berbeda dari semua ,
Hatinya setia pada yang 1,
Mendamba dia penuh erti,
Walau tak pernah dibalasi,
Dia yakin takdir Yang Esa,
Menemukan dia pemilik cintanya...


Dia itu penuh kasih sayang,
Katanya itu dari Tuhan,
Dia hanya menyambungkannya,
Aku kagum dengan dia,
Semoga Tuhan lindungi dia

Cinta dia tulus,
Hati dia halus,
Kasih dia mulus,
Sayang dia kuat pada Yang Qudus..

Tuhan,
Rahmati dan sayangi dia,
Balas cinta dia seadanya,
Hanya padaMu dia meminta,
Kuatkan dia dengan tarbiyahMu,
Payungi dia dengan maghfirahMu,
Semoga dia bertemu pemilik cintaMu,
Dalam jejak dedap menuju akhiratMu..

Islam Indah 2010
~~~DIA~~
23:00 PM

Sunday, September 5, 2010

Ramadhan yang kian pergi...

Assalammualaikumm...

Lama rasanya xmenulis di blog..barangkali kesibukan membataskannya...dan penghormatan pada Ramadhan itu sndiri yg penuh pengertian..sedar tak sedar dah masuk minggu terakhir bulan Ramadhan...

Jauh dilubuk hati sy sdih tak terhingga mgenangkan Ramadhan yg akan pergi...dulunya yg sy tggu bagai menunggu org jauh yg sy rindu...yg sy peluk, yg sy cium, yg sy dakap erat2 seperti taknak berpisah lg...smg Allah menemukan Ramadhan itu lagi dlm perjalanan sy yg masih jauh..malu rsnya bertatih mengisi Ramadhan, rasa sedetik pun xmampu dibazirkan berlalu sebegitu sahaja...semoga diterima segala amalan...dan dikabulkan segala doa...dan terutamanya diampunkan segala khilaf dan dosa yg terhimpun tanpa sedar..
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A daripada Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya : " Segala amal kebajikan anak adam itu dilipatgandakan pahalanya kepada sepuluh hingga ke 700 kali ganda..Allah berfirman : "Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu untuk-Ku dan Aku memberikan balasan (pahala) kepadanya kerana dia (org yang berpuasa) telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku"...H.R Muslim..



Semoga kita memperbanyakkan amalan dipenghujung bulan Ramadhan ni....dan semoga kita bangun meneguhkan malam2 sunyi..meratib zikir, menimbun doa pd Yg Maha Esa...Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui gerak hati dan langkah yg segalanya diserahkan hanya padaNya..agar sentiasa berada di bawah limbungan kasih sayangNya...amin..

Friday, August 13, 2010

Salam Ramadhan 1431....

Assalammualaikum...

Alhamdulillah, Allah masih lagi bagi pinjaman roh dan jasad di atas bumi milikNya untuk menikmati bulan penuh kemuliaan, keagungan, keberkatan, bulan yang diterima segala amalan dan penghulu segala bulan..ketika diri masih lagi terayun dengan lekanya langkah dunia, sedar xsedar menginjak sudah ke bulan Ramadhan 1431H...

Rindu yang teramat, sayu yang x terucap pada Ramadhan...masih lagi bertatih mengutip bekalan, mempraktik amalan, mudah2an diterima seadanya oleh Allah Yang Maha Menguasai..Yang Maha Menafsir hati hamba2Nya...Semoga Cinta itu tulus pd Allah dan Rasulnya dan tak perna pudar malah makin bertambah untukNya..

Hujan yang mengiringi dinginya malam Ramadhan ke 4 takala ini, mudah2an sejuk dan dingin ini xmelalaikan dan menghanyutkan kita dari bangun meneguhkan malam2 penuh baraqah...sesungguhnya janji Allah itu benar dan x rugi kita merebut kasih sayang Allah...
Mohon ampun segala khilaf dan dosa pada semua yang pernah mngenali sy, sy perlukan kemaafan dari anda, agar sy xlupa dan xterleka dgn dunia yg pnuh dgn rimba dugaan..dan mudah2an Ramadhan kali ini mmbawa seribu makna, menetap dan mgukuhkan keimanan yg kadang rapuh dilanda ombak nafsu, kdg goyah goncangan nikmat dunia dan kdg leka memaut masa...dan semoga Allah memelihara dan memimpin kita kepdaNya dalam mengejar kehidupan abadi yg indah penghujungnya...Selamat menjalani ibadah puasa dan diberikan kekuatan menunaikan solat Tarawikh...
"
"Rasulullah S.A.W bersabda : 'Kamu bertanya kepadaku tentang sesuatu yang besar dan sesungguhnya perkara itu mudah bagi sesiapa yang dipermudahkan oleh Allah. Kamu menyembah Allah dan tidak menyekutukannya dengan sesuatu, mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramdhan dan berhaji ke Baitullah'..
p/s : Puasa itu adalah penutup tabir, sedekah itu akan melenyapkan segala kesalahan sebagaimana air yang melenyapkan api. Solatnya seseorang pada pertengahan malam merupakan syiar bagi orang-orang yang soleh....