Tuesday, December 21, 2010

sepi...

Assalammualaikum...
Lama x menulis, xtahu ape yg nk dikongsi...mgkin menyepikan diri mase yg sesuai buat masa ni...byk yg nak dikongsi...tp stp kali mmbuka blog...tgn lemah menitip bicara...semoga kekuatan tu pulih kembali....

2 ke 3 bulan ni pelbagai peristiwa, pelbagai jenaka, pelbagai ceriter yg mengisi indahnya hidup dlm menutup tabir 1431H...sy hny diam, merasa, mengambil iktibar dan mengisi ruang2 yg kosong dgn bicara2 sepi...slalu saje bnd yg diingini xditemui, yg menguji pula silih berganti...xtahu dimana kuatnya sy, lemahnya sy, diamnya sy, sepinya sy...cuma yg menafsir lebih byk dr yg mengetahui...wallahu'alam...

jika belum terlambat sy mengucapkan Salam Maal Hijrah 1432...semoga bertambahnya tahun penghijrahan, kita seiring dgn perubahan ke arah kebaikan berlandaskan Quran dan Sunnah...hati selalu menduga khabar apa yg akan ditemui sepanjang 1432H...semoga berita gembira yg ditemui...seandainya ujian dtg lagi semoga ianya terus mentarbiyah hati ini menuju ke pemiliknya yg abadi..semoga dibantu Yang Maha Kuasa, semoga terus kuat, tabah dan sabar dlm meneruskan perjalanan hidup yg sebentar cuma...

sy doakan semua pun begitu, keluarga, saudara mara, kwn2 dan saudara seIslam seluruh dunia...fikiran masih lagi mencongak2 perancangan ape yg perlu disusun menempuh tahun baru...semoga dibantu seadanya....

Kita
jangan kerana esok kita lupa kisah kemarin
jangan kerana indahnya hari ini kita lupa tentang semalam
coraknya dan tempatnya berbeza
tapi kita masih orang yang sama

masakah merubah kita
atau agama yang merubah kita
kitakah yang memimpin
atau kitakah terpimpin
lama atau sementara bukan ukuran
kekal dan beterusan itu yang didambakan

tanya pada hati
fikir dengan akal
bertindak dengan iman
jangan tangguh pd yg merugi
cantum gerak bentuklah kehidupan
panjat usaha, doa dan tawakal padaNya
moga tarbiyahNya memayungi kita..

AMIN
-islamindah1432H-
rindukan perubahan

Thursday, November 11, 2010

diam & dengar...

manusia merasa kuat kerana dirinya
tapi dia lupa itu semua dari Pencipta
manusia rasa lemah kerana dia tiada sesiapa
tapi dia lupa Allah sentiasa bersama dia
tasbih, tahmid hanya utk Allah
semoga lidah itu terus basah menyebutnya...

kamu kuat disana
bukan sebab aku disini
kerna Dia menjaga kamu
rindu kita milik Dia
rajuk kita milik Dia
sayang kita milik Dia
jauh xsemestinya kita lemah
dekat xsemestinya kita erat
kasih xsemestinya memiliki
dengar pada hati
diam pada bicara
hanya kita yg mengerti...
salam pejuang Islam
-islamindah2010-

Tuesday, October 12, 2010

Dia...

Dia,
Satu dalam beribu,
Kental dalam berusaha,
Penuh membara semangat dijiwa,
Teguh mendaulat agama ...

Ku temui dia dalam dingin dan sejuknya
Kedap malam,
Dlm sujud dambaan pada Pencipta,
Dia diam merenung penuh makna,
Redup matanya membelah jiwa...

Aku tahu dia kuat,
Walau hidupnya berentak liku,
Walau tak pernah meluah rasa,
Walau tersenyum melirik bibirnya...

Dia itu berbeda dari semua ,
Hatinya setia pada yang 1,
Mendamba dia penuh erti,
Walau tak pernah dibalasi,
Dia yakin takdir Yang Esa,
Menemukan dia pemilik cintanya...


Dia itu penuh kasih sayang,
Katanya itu dari Tuhan,
Dia hanya menyambungkannya,
Aku kagum dengan dia,
Semoga Tuhan lindungi dia

Cinta dia tulus,
Hati dia halus,
Kasih dia mulus,
Sayang dia kuat pada Yang Qudus..

Tuhan,
Rahmati dan sayangi dia,
Balas cinta dia seadanya,
Hanya padaMu dia meminta,
Kuatkan dia dengan tarbiyahMu,
Payungi dia dengan maghfirahMu,
Semoga dia bertemu pemilik cintaMu,
Dalam jejak dedap menuju akhiratMu..

Islam Indah 2010
~~~DIA~~
23:00 PM

Sunday, September 5, 2010

Ramadhan yang kian pergi...

Assalammualaikumm...

Lama rasanya xmenulis di blog..barangkali kesibukan membataskannya...dan penghormatan pada Ramadhan itu sndiri yg penuh pengertian..sedar tak sedar dah masuk minggu terakhir bulan Ramadhan...

Jauh dilubuk hati sy sdih tak terhingga mgenangkan Ramadhan yg akan pergi...dulunya yg sy tggu bagai menunggu org jauh yg sy rindu...yg sy peluk, yg sy cium, yg sy dakap erat2 seperti taknak berpisah lg...smg Allah menemukan Ramadhan itu lagi dlm perjalanan sy yg masih jauh..malu rsnya bertatih mengisi Ramadhan, rasa sedetik pun xmampu dibazirkan berlalu sebegitu sahaja...semoga diterima segala amalan...dan dikabulkan segala doa...dan terutamanya diampunkan segala khilaf dan dosa yg terhimpun tanpa sedar..
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A daripada Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya : " Segala amal kebajikan anak adam itu dilipatgandakan pahalanya kepada sepuluh hingga ke 700 kali ganda..Allah berfirman : "Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu untuk-Ku dan Aku memberikan balasan (pahala) kepadanya kerana dia (org yang berpuasa) telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku"...H.R Muslim..



Semoga kita memperbanyakkan amalan dipenghujung bulan Ramadhan ni....dan semoga kita bangun meneguhkan malam2 sunyi..meratib zikir, menimbun doa pd Yg Maha Esa...Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui gerak hati dan langkah yg segalanya diserahkan hanya padaNya..agar sentiasa berada di bawah limbungan kasih sayangNya...amin..

Friday, August 13, 2010

Salam Ramadhan 1431....

Assalammualaikum...

Alhamdulillah, Allah masih lagi bagi pinjaman roh dan jasad di atas bumi milikNya untuk menikmati bulan penuh kemuliaan, keagungan, keberkatan, bulan yang diterima segala amalan dan penghulu segala bulan..ketika diri masih lagi terayun dengan lekanya langkah dunia, sedar xsedar menginjak sudah ke bulan Ramadhan 1431H...

Rindu yang teramat, sayu yang x terucap pada Ramadhan...masih lagi bertatih mengutip bekalan, mempraktik amalan, mudah2an diterima seadanya oleh Allah Yang Maha Menguasai..Yang Maha Menafsir hati hamba2Nya...Semoga Cinta itu tulus pd Allah dan Rasulnya dan tak perna pudar malah makin bertambah untukNya..

Hujan yang mengiringi dinginya malam Ramadhan ke 4 takala ini, mudah2an sejuk dan dingin ini xmelalaikan dan menghanyutkan kita dari bangun meneguhkan malam2 penuh baraqah...sesungguhnya janji Allah itu benar dan x rugi kita merebut kasih sayang Allah...
Mohon ampun segala khilaf dan dosa pada semua yang pernah mngenali sy, sy perlukan kemaafan dari anda, agar sy xlupa dan xterleka dgn dunia yg pnuh dgn rimba dugaan..dan mudah2an Ramadhan kali ini mmbawa seribu makna, menetap dan mgukuhkan keimanan yg kadang rapuh dilanda ombak nafsu, kdg goyah goncangan nikmat dunia dan kdg leka memaut masa...dan semoga Allah memelihara dan memimpin kita kepdaNya dalam mengejar kehidupan abadi yg indah penghujungnya...Selamat menjalani ibadah puasa dan diberikan kekuatan menunaikan solat Tarawikh...
"
"Rasulullah S.A.W bersabda : 'Kamu bertanya kepadaku tentang sesuatu yang besar dan sesungguhnya perkara itu mudah bagi sesiapa yang dipermudahkan oleh Allah. Kamu menyembah Allah dan tidak menyekutukannya dengan sesuatu, mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramdhan dan berhaji ke Baitullah'..
p/s : Puasa itu adalah penutup tabir, sedekah itu akan melenyapkan segala kesalahan sebagaimana air yang melenyapkan api. Solatnya seseorang pada pertengahan malam merupakan syiar bagi orang-orang yang soleh....

Saturday, July 31, 2010

Allah menguji, benar saya merasa....

Assalammualaikum...

Kalamullah menafsirkan : "Wahai sekalian manusia, bertakwalah kamu kepada Allah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu (Adam a.s) dan daripadanya Allah menciptakan isterinya, lalu daripada kedua-duanya Allah mengembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kamu kepada Allah dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain dan (peliharalah) hubungan silaturrahim, sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu"-(AN-NISA' :1).....

Alhamdulillah ketika jauh mengelamun memikirkan diri, tertabir pandangan mata pada peringatan Allah...Terima kasih Allah yang memberi panduan, peringatan, pengetahuan melalui kalamNya yg mulia...Sesungguhnya manusia dicipta dengan 1000 perasaan yg berbeza, kdg tersenyum gembira tertawa dgn jenaka, kdg basah airmata dgn khabar dugaan, kdg senyum tawar memujuk hati yg lara, kdg masam mencuka mencebik pada yg tak disuka...Subhanallah hebatnya Yang Maha Pencipta, indahnya hidup bertauhidkan Islam, Iman dan Ihsan...

Hari ini Allah pinjamkan kekuatan pd diri yg penuh hina ini, meluah rs kalutnya hati, terasanya hati, berkecilnya hati dgn perkara itu...tak mampu disimpan lagi, biarlah ia terluah, tetinta pd lembaran...moga pulihnya hati itu dr rs yg mengganggu...Maaf andai luahan ini mengusik anda di luar sana..sungguh ia tiada kaitan dengan siapa dan apa...hanya mahu membuang rs spy teguhnya hati meneruskan perjalanan hidup...Sy berkecil hati, sudah lama sy berkecil hati dan sy sgt berkecil hati....sblm rs kecil hati tu memusnah rs ksh syg yg penuh dlm hati ini sy mahu buang ia jauh2...smg Allah membantu...sy xtahu dr mana ia bermula, mgkin sbb sy slalu berseorgn sejak berpindah dari Kuala Terengganu..sy rs terasing di tempt sy membesar, mgkin sbb sy slalu berazam utk merantau jd bila pulang ke negeri sendiri sy rs kehilangan...

Sy yakin dan percy dgn ketentuan Allah..ini yg terbaik utk sy..menempatkan sy pulang ke Perak..tp sy takboleh tipu diri sy sndiri, sy hlg smgt, sy hlg rs ketawa, sy hlg kesukaan sy dan sy hlg rs mrh...sy slalu rs kwn2 org yg paling dekat dgn sy...bila kita jauh dr keluarga, yg dkt pd kita,yg slalu kita nmpk, yg selalu kita brsm tentulah kwn2...semuanya bagai satu keluarga, ukhuwah yg erat persis tali yg teguh...pulang berkhidmat ke negeri sendiri, semuanya bermula kembali, mencr teman2 sekepala, menyesuaikan diri dgn udra,ragam,hiruk pikuk perjalanan kota kecil..tp sy xdpt..yg ada cuma teman2 yg ketawa bersama berjnaka, tp ktka sy sndiri tiada yg mghampiri dan menemani...dan paling sy trasa bila melakukan itu ini, harus merahsiakan dr itu dan ini...rs kebebasan tu tersekat...cuba bygkan bila kita sgt gmbra brbuat sesuatu dgn si fulan n si fulan, kgmbraan itu hrs dlpkan krn mnjg hati si fulan n si fulan..slalu sy brfikir didlm ht adakh kita hdp hny utk mnjg hati org..sdgkan ht sndiri trasah dgn kepiluan...

Lalu sy mencari makna sbnrnya hdp, berusrah pd diri, brmuhasabah, mane silapnya sy dlm mengatur hidup...ketika kita rs kita sgt rpt dgn kwn, snts ingin slalu brsm,snts rs dia ade utk kongsi sgl2nya sbnrya kita hny mengukir memori kosong yg berwarna-warni..tiada isi kalau x dihrgai...maaf kalau luahan ini kasar..tp ini yg sy rs...rs indah, rs gmbira semuanya sekejap je Allah pinjamkan...terduduk sy mencr mehnah kehidupan, sbnrnya Allah sdg menguji sy...positifnya bila difikr jauh2, Allah memulangkan sy kpd keluarga sy...ya sy hlg kwn2, tp sy dpt keluarga sy, sy dpt ibu sy..betullah seorg sahabat pernah berkata, kesedihan itu hanya dimata...kuatnya ukhuwah kita bukan di mata tapi dihati...selagi terhubung dgn ksh syg Allah semuanya rs begitu dkat...jd bila sy rs sy seorg diri sbnrnya sy slh..sy ader Allah yg paling dkat dgn hati sy, yg sntiasa temani sy, yg slalu melindungi sy, yg slalu mendengar luahan dan aduan sy, yg slalu pujuk hati sy bila sy bersdih, biala sy runsg, bila sy dtmpa mslah...sbnrnya hdp ni xprnh snyi sbb adenya Allah yg mencipta kita...serulah Dia, berdoalah, berusahalah, bersabarlah, berkasih syglh krn Dia...sesungguhnya tak terbalas kemanisan hidup yg Dia aturkan..

Jadi hari ini sy bertekad membuang rs kecil itu, walau tiada teman didepan utk berbicara, utk keluar brsm melakukan ape yg disuka xsmstinya sy harus bersedih..apalah sgt diketepikan dan xdhargai oleh manusia daripada dilupakan oleh Allah...hdup smlm mgajar siapa sy pd hari ini dan hdup pd hari ini mgajar siapa sy pd esok hari...malu sy pd Allah dgn ujian sekecil ini sy tak tertanggung...Allahuakbar yg telah mengemblikan semngat sy, kesukaan sy dan diri sy pd hari ini...terima kasih Allah menunjukkan jalan itu...sesungguhnya keredhanMu yg dicr dilorong2 yg sepi ini...smg Allah terus brsm sy dan melimpahkan rahmatNya pd sy dan semua makhluk penduduk bumi...

Seiring langkah limpahan petunjuk dr Allah yg tercinta, sy mnghargai rs bersahabt dari teman2...xkira siapa anda..terima kasih atas huluran persahabtan itu, sesungguhnya hdup ini indah seandainya semuanya kerana Allah...semoga Allah terus dan tetap menghubungkan hati2 kita dalam mencari keredhaanNya...dan semoga Allah mmbls keikhlasan rs bershbt dan penghargaan itu...mulai hari ini hilanglah sudah rs kecil hati pd prkr itu, dan xmgkin sy biarkan ia kembali mngusik hati ini lagi...

"Wahai Tuhan kami,sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami, sesungguhnya Engkau berkuasa di atas segala sesuatu."-(AT-TAHRIM: 8)

p/s : sy sarankan anda membaca buku ni...semoga hati kita terpujuk dengan tarbiyah Allah...amin..

Friday, July 30, 2010

hIdup Itu IBarat pUTARan RODA.....

Assalammualaikum...
Hidup yang panjang bertatih pada perjalanan seorg hamba yg penuh dgn kekhilafan...sungguh tak sanggup dan tak berdaya melambatkan detik waktu yg berdegup sepantas denyutan nadi hanya kerana ingin smuanya sempurna..3 minggu yg penuh dengan rentak2 hidup yg tak terjangkakan...Tuhan sungguh ku tak berdaya menahan redup rendam rasa jiwa dengan khabar2 itu, tapi sesungguhnya aku tahu itu yang tertulis kemas dalam Qada dan QadarMu dalam meyempurnakan rukun iman yg abadi...
Tuhan itu sangat adil dalam merencanakan indahnya perjalanan mnguji hamba2Nya...lewat kemarin yg lampau ku terima berita2 kematian..perginya insan2 tersyg dikalangan teman..sabar,tabah dan teguhkanlah iman...Al-Fatihah ku kalungkan buat yg telah pergi..semoga diampunkan segala kesalahan, diterima segala amalan dan berada seiring dengan para mukminin yang soleh....
Belum hilang sendu yg terhiris pd hati, Tuhan khabarkan berita gembira pd teman2...usaha dan tawakal pdNya berbalas juga...kenaikan pangkat dan diserap sbgai kakitangan tetap melukiskan senyuman pd bibir2 sehalus ucapan syukur dan tasbih diatas perkhabaran itu...lihat teman, Tuhan sudah khabarkan kita semua akan diuji...dan pengakhiran ujian itu Tuhan dtgkn berita gembira...bersyukrlah, bertahmidlah memuji kebesaranNya, tiada terbalas dgn nikmat yg telah Dia kurniakan..Alhamdulillah, amin ya rabbal alamin...
Indahkan hidup bertuhan, semuanya diatur sempurna, walau kadang jauh terduga bilakah dtgnya berita gembira itu lagi...dan minggu2 yg rapuh pun telah pergi, menghambat hati dgn sayu dan gembira silih berganti...tapi kita manusia, dan dlm jatuh bangun itu tak terdaya menolak pertemuan dan perpisahan...semalam telah pergi seorg teman, bertukar udara ke tempat baru...mustahil kita menyembunyikan rs sedih...teman seperjuangan pemangkin idea pergi bertugas di tempat baru...nah mungkin Tuhan telah katakan sekadar disini Dia menempatkan kamu, dan tentu Dia telah menabir indah kotak-kotak kehidupan baru yg penuh dgn warna warni...sambuntlah dgn tenang, teruskan perjalanan temanku..semoga Tuhan menambahkan ilmu,iman dan amal kalian bertauhidkan kalamNya yg satu.....
Firmannya yg bermaksud :" Kami menguji kamu sekalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai dugaan kepada-Ku kamu akan kembali"-(Al-Anbiya : 35)
P/S : "Mencari kemanisan dalam kehidupan..Mehnah mendatang terasa terbeban..Bawa Hatimu Kepada Tuhan..Disana menanti syurga Idaman"

Friday, July 23, 2010

Rasa Tak Sungguh2...

Assalammualaikum..
Sungguh2,kata2 yang kosong tapi banyak makna...yang selalu kita guna bila nk mengatakan benar dan terkesannya tentang sesuatu...yoish ni bukan iklan kosa kata...tapi ni lah realiti...pujangga mengatakan kata2 lagi tajam dari sebilah pedang, tapi kata2 juga memberi makna dan impak besar terutamnya dalam hati seseorg...
Maaf kalau ader yg terasa tapi sy sgt terkilan dengan rasa tak sungguh2 org lain bila kita sungguh2 nak buat...cthnya : join team sukan dan penuh semangat nak bersukan tetiba rakan seperjuangan xde semangat seperti itu..dan mesti yang paling terkesan hasilnya..kawan2, sahabt2, teman2 bersungguh2lah, bertekadlah...semoga rasa tekad tu dibalas dengan sewajarnya..apa guna mendayung sampan kepayahan tapi pengakhiran penuh lesu kegagalan...
bukan utk sukan je, tapi ape2pun yg kita lakukan, rasa sungguh2 tu lg dipndg keikhlasannya dari rs yg bershj....pernah teman sy mengatakan dlm hdp ni dia tak pernah berperasaan, musykilnya sy..tak mugkin takder perasaan, habis selama bkrjsama dlm ape2pun tiada perasaan..patutkah sy terasa dgn kata2 itu?...biar saja anda yg menjawbnya...baru2 ni sy membaca buku bertajuk makna hidup,maaf sy lupa penulisnya,tapi dalamnya terlukis indah sebuah cerita..
Kisahnya begini, si anak seorg lelaki gemar marah dan merupakan seorang yang panas baran...satu hari ayahnya menasihati beliau jika marah ambil penukul dan ketuk 1 paku pd tiang di ladang kambing ayahnya..mendengar nasihat ayahnya, beliau membuat perkara yang sama setiap kali merasa marah sehingga hilang rasa marah dan sifat panas baran beliau..1 hari, anaknya berkata: ayah tiang itu sudah penuh dengan paku dan aku sudah tidak marah lagi..ayahnya tersenyum lalu berkata : sekarang setiap kali engkau memaafkan org yang engkau marah engkau cabutkan 1 paku...anaknya yg tidak mengetahui sebab nasihat ayahnya menuruti apa yg telah dikatakan...sehinggalah satu hari anaknya mengatakan : ayah aku sudah memaafkan semua org yg pernah membuat slh dan menimbulkan kemarahan pd aku...lalu ayahnya tersenyum dan berkata : sekarang kau lihat pada tiang kayu itu, walaupun telah dicabut pakunya tetap meninggalkan kesan akibat dipaku...begitulah kesalahan kita pada manusia...walaupun kita pernah membuat seseorg terasa hati dan org itu telah memaafkan kita namun kesan terasa itu masih berbekas dihatinya..hanya yang tulus mampu memadamkannya...wallahua'lam..fikir2kanlah..
Jadi sesiapa yg diluar sana, ketika anda dihargai, belajarlah untuk menerima seadanya...as we always say and read : be appreciate to be appreciated, be respect to be respected..org yg mmberi rs bertaut dhati insan, disygi pnduduk dilangit :)


Akhir kalam " berbahagialah org yg dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya-Saidina Ali r.a..."

Semalam yang telah berlabuh....

assalammualaikum...
sahabat sahabiah penguat medan dakwah, saudara islam seperjuangan yang masih lagi mengukir tembok2 dan langkah2 menuju Pencipta Yang Abadi...semalam telah berlabuhnya kisah itu, semoga hati2 kita masih kekal bersatu dalam mencari rahmat dan redho Allah Maha Penguasa sekalian alam yang tiada tandingan..mengingatkan semalam rasa benar ujian Allah pasti tiba buat hambanya, cuma dari cara mana kita menerima dan redhonya pd ujianNya itu..Tertulis indah dalam kalamNya yang berbunyi : "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan 'Kami telah beriman' sedang mereka belum diuji lagi, Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta-( Surah Al Ankabut 2-3)...
Teringat kata2 seorang Amir ketika menghadiri kursus kepimpinan pelajar satu ketika dahulu : "Jadilah seperti sebutir mutiara, tetap bersinar walau ke lembah mana ia diletakkan tidak kira di dasar laut hatta di lubuk selut sekalipun"..bagi yang tersisip pada kata2 itu mugkin menganggap maksudnya biasa, tapi fikirkan sejauh menjangkau pemikiran itu, maksudnya sungguh dalam menusuk ke dasar hati...biarla ke mana dan di mana sekalipun layar hidup kita dilabuhkan, jangan pernah terusik dan ternoda dengan tipu daya yang melalaikan, bukan sekadar mengingati diri sendiri malah saudra seIslam yg sy muliakan..benar perjalanan itu penuh duri, kadang terduduk dengan ujian yg tak tergambarkan oleh akal yg serba kekurangan..dan ingatlah janji Allah itu benar, sesungguhnya dalam lukisan Dia menguji kita, penuh tersirat hikmah dan ganjaran lebih besar jika sebagai hamba kita sabar dan tabah dalam perjalanan itu..semoga Allah membalas segala niat ikhlas yg dipanjatkan kepadaNya dengan rasa syukur dan berita gembira dari sana kehidupan yang abadi..
"Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini (org yg telah dibayangkan tadi) telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi (perintah)Mu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah ikatannya..Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalannya(yang sebenar). Penuhkan (piala) hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma'firat(pengetahun sebenar) tentangMu...(Jika Engkau mentakdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dlm perjuangan agamaMu..Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong..Ya Allah perkennkanlah permintaan ini..Ya Allah restuilah dan sejahterkanlah junjungan kami Muhammad, keluarga dan para sahabat Baginda semuanya...Aminn.."
Taubat Seorang Hamba
Irsyadee Feat Hafiz Hamidon
Hati hiba mengenangkan dosa2 yang kulakukan
Oh Tuhan Maha Kuasa
Terima taubat hamba berdosa
Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah..terimalah..terimalah
Taubatku ini
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan
Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah..terimalah..terimalah
Taubatku ini
Dihamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...
p/s :semoga Allah berikan kekuatan meningkatkan amalan pada bulan Syaaban bulan mulia junjungan tercinta Rasulullah S.A.W...

Wednesday, July 7, 2010

KaukAH sAHAbAt Itu........

asalammualaikum w.b.t...

Alhamdulillah Allah masih beri kesempatan untuk meniti hari-hari yang penuh dengan cabaran dan dugaan..dan masih lagi diberi peluang untuk menambah ilmu Islam, iman dan amal...dan semoga Allah masih mengukuhkan hati2 kita untuk terus berjuang bersama Islam...kadang terjatuh, kadang terleka, kadang terlupa dan kadang rasa kerdilnya diri kerana kurangnya agama...dan sesungguhnya dalam perjalanan kita itu, kita xlari dari berhubung dengan alam dan penghuninya yang paling bijak iaitu manusia...dan seperti firmanNYA :Allah tidak membebani seseorg melainkan sesuai dengan kesanggupannya..Ia mendapat pahala(dari kebajikan)yang diusahakannya dan dia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa) :"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau tersalah. Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berta sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami..Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak sanggup memikulnya.. Beri maaflah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami..Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir"

dan sesungguhnya aku redho atas setiap ujian yang Allah beri...kepada semua org yang pernah terluka, rasa disakiti, rasa marah, rasa kurang sabar dengan diri aku yang penuh dengan kekurangan..maaf diatas bicara yang tanpa sedar menyakiti, tingkah laku yang membisakan pandangan mata, dan buah fikiran yang sering di salah erti..

aku tidak pernah membuang sesiapa, tidak pernah marah pada sesiapa, tidak pernah mngeluh pntnya melayan sesiapa, walaupun terkadang rs diri digunakan...aku menerima sesiapapun seadanya...aku xminta balasan cukupla rasa dihargai...dan sebagai hamba kita xlyk utk mengadili sesiapapun kerana itu hak Allah pencipta yang Abadi...bagi yang mngutus rasa bersahabat, terima kasih dkalungkan, bagi yang membawa persahabtan itu dan terus pergi xmenoleh lagi ketahuilah aku xprnah memutuskannya...siapapun anda, sahabat,teman, kawan semuanya org yang terkesan di hati ni...anda dihargai walaupun anda telah pergi...semoga hati2 kita tetap bersatu dlm magfirah cinta Tuhan walaupun tanpa bersua.....aminnnnnn


UNTUKMU TEMAN

Disini kita pernah bertemu

Mencari warna seindah pelangi

Ketika kau menghulurkan tanganmu

Membawaku ke daerah yang baru

Dan hidupku kini ceria...

Kini dengarkanlah

Dendangan lagu tanda ingatanku

Kepadamu teman

Moga ikatan ukhuwah kan tersimpul padu...

Kenangan bersamamu

Takkan ku lupa

Walau badai datang melanda

Walau bercerai jasad dan nyawa...

Mengapa kita ditemukan

Dan akhirnya kita dipisahkan

Mungkinkah menguji kesetiaan

Kejujuran dan kemanisan iman

Tuhan berikan daku kekuatan...

Mungkinkah kita terlupa

Tuhan ada janji-Nya

Bertemu berpisah kita

Ada rahmat dan kasihnya...

Andai ini ujian

Terangilah kamar kesabaran

Pergilah gelita hadirlah cahaya....

Semoga dirahmati sepanjang perjalanan, dipayungi kasih sayang Tuhan yang tak terkira limpahNya, barangkali waktu itu telah meragut persahabatan kita atas khilaf dan dosa yang kita sengaja atau tak lakukan...walau apepun yang terjadi, walau jauh aku terbuang dari hidupmu sahabatku, ketahuilah satu ingatan yg tulus tidak pernah dan tidak akan terpadam selamanya...mungkin kita tak jumpa dekat dunia yang luas ni, tapi satu yang pasti kita akan jumpa di sana..

-AKHIRAT...

Thursday, July 1, 2010

Membongkar kenangan LALU....


Bismillahhirrahmanirrahim....
Assalammualaikum...apa khabar anda diluar sana, sahabat sahabiah dunia realiti dan dunia layar..mudah2an Allah merahmati perjalanan kita dan membimbing kita spy tidak tersasar dari jalan menuju kepadaNya...dan semoga kasih sayang Allah sentiasa segar dan membara dalam hati-hati yang sentasa merindukan jihad di jalanNya...sejak kebelakangan ni rasa bercelaru mengetuk kotak fikiran, barangkali rindukan sesuatu pada kenangan lalu...rindukan jalan2 dakwah bersama rakan seperjuangan di Politeknik Ungku Omar dulu....kadang rasa langkah terlalu rapuh meniti perjalanan jauh seorg diri, jauh dari tman seperjuangn, barangkali semua hati pun begitu, hanya tercantum pada mahabbah cinta Tuhan yg selalu diagung2kan....terima kasih Tuhan, KAU letakkan aku dalam kalangan jemaah supaya semangatku bangkit bersama ummah...dan tidak sia2 segala pengalaman, walaupun pd mulanya pahit tapi tak terduga dan tak terhitung manis dan berharganya kenangan itu...pada semua senior dan sahabat sahabiah sesi jun 2003 semoga kalian berbahagia hidup dalam kasih sayang Tuhan dan semoga hati2 kita tetap bersatu dalam memperjuangkan agama...dan sesungguhnya aku rindu...


baru2 ni aku ke Teluk Senangin memantau projek,sedar tak sedar aku berada betul2 depan kem ketika aku menjalani Kursus Kepimpinan Pelajar Kamsis Politeknik Ungku Omar sesi jan 2004...rs rindu yg tertusuk pd kenangan dulu...pengalaman yang mengajar dan membentuk aku yang sekarang...betul kata org tak kenal maka xcinta, dah kenal agama xkan rasa ruginya...kenangan peristiwa yang xmungkin berpatah balik kembali...hanya mampu mengisi masa yang selalu kekosongan...





pemandangan kawasan kem KKPK PUO 2004

again...
n again...


semoga kita bertemu dalam mahabbah cinta Tuhan...aminn

Wednesday, April 28, 2010

TeRIMA kaSIH Mak.......

salam..

Ibu, mak,mama, umi, moms n ape2 yg seangkatan dgnnya...semuanya merujuk pada yang satu, insan yg paling banyak berkorban demi seorg manusia bergelar 'ANAK"...dan walaupun sebaik mana kita menjaga hati dan dirinya tak termampu untuk membalas segala perit jerih dan pengorbanan insan yg paling agung disisi Pencipta...

Entry ni aku tulis untuk luahkan rasa syukur yang tak terhingga pada Allah kerana masih memberiku peluang membalas segala jasa org yg mengandung dan membesarkanku...aku takut aku xsempat mengatakan aku sayang mak dan terima kasih mak sbb Allah xpernah melambatkan atau mempercepatkan walau sesaat kematian itu...dan paling aku takut aku xsempat lahirkan rasa kasih sayang aku pada mak...

tak terbalas rasanya dengan budi yang mak taburkan dlm mmbesarkanku menjadi ape yg aku ader sekarang..aku xdpt mmbls jasa abah sebab abah dah pergi dulu menyahut panggilan Ilahi ketika aku masih menuntut di tingkatan 5...Abah pergi 4hari sebelum aku menghadapi peperiksaan percubaan SPM...aku hanya mampu mengirimkan sedekah jariah yang dipanjangkan atas namanya..semoga abah berbahagia disana dan ditempatkan bersama dengan org2 yg beriman...aminnn...walaupun aku hanya membesar bersama abah sehingga umurku 10tahun, tapi aku sentiasa merinduinya...abah tunggu, satu hari nanti org pasti jumpa abah dekat sana...

mak,..

org xpernah kisah aper yg kita ader sekarang sbb kasih syg xmampu dibeli dengan wang ringgit..biarla kita hidup xsemewah orang lain tapi kita bahagia...sungguh mak org tak mampu nk berikan kemewahan macam org lain, tapi kasih syg org penuh utk mak..tak pernah kurang walau seinci dan tak pernah padam walau sesaat...org nak mak tahu sehingga org mendirikan masjid, mak tetap akan duduk dengan org dan akan dijaga dengan baik sepertimana mak buat pada org dulu...mak jangan risau, org akan berusaha dan hadiahkan sesuatu yg mak nk sgt dlm hdup mak..nnti kita akan pergi bersama tunaikan impian itu..

mak,

org minta maaf...kalau2 org ader melukakan hati mak...kekhilafan yg xsengaja atau disengajakan..org xmampu jadi anak yg baik...semoga mak sentiasa memaafkan org dan mendoakan org selalu...dan semoga tarbiyah Allah sentiasa memayungi hidup kita menuju kehidupan yang abadi...ape2pun org nak mak tahu yang ORG PALING SAYANG MAK, KERANA ALLAH, UNTUK ALLAH...




Khas untuk mak, HAMSIAH BINTI DIN...
with Love...
Islam Indah 2010

SuRAT cINTA...






Semoga kita bersatu dlm mihrab cinta Ilahi...dan semoga dipertemukan dengan insan yang sentiasa mendambakan cinta Tuhan dlm kudus perjalanan hidup seorang hamba...

Monday, April 26, 2010

fenonMENA yg menCERIAKAN................

salam...
org kata kalu nk tenangkan hati bykkan zikir n bc Quran...dan xlupa bgn solat mlm...tp tgk ciptaan2 Allah yg mendamaikan pun akn buat hati tenang jugak...so kat sini aku selitkan bbrp gambar yg aku smpt snap dlm mase 2mggu yg cbuk hari tu...LAYANNNNNNNN.....

WATERFRONT Lumut..

A Way To Walk-Lumut...

kapal2 yg berlabuh ke Pelabuhan Lumut....

pagi pegi keje...matahari br nk terbit...

pemandu2 di jlnraya...
PETANG YG SYAHDU...(UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS)
tasik di UTP...tempat utk berjogging

langit yg sukar ditafsirkan...

penuh dgn ikan2 sungai...

tempat utk berehat yg cool...

pndgn ketika berjogging....tasik yg mendamaikan...nampak dari seberang masjid warna putih UTP...

tempat dating...jeng jeng jeng
IN THE MORNING...

tgk tu matahari br nk kuar...
sudah kuar separuh....

matahari yg cantik...

terima kasih pada Tuhan yg telah mengurniakan alam yang indah, pemandangan yg menenangkan jiwa buat hamba2Nya yang sentiasa merindukan dan mendambakan kasih dan sayang PenciptaNya...

I LOVE U ALLAH S.W.T


Monday, April 12, 2010

keNANgan itu...............


salam...
hari isnin,pg yg ptutnya ceria...jd rs sdih itu perlu diisi dgn ketawa,spy rindu itu tak hadir dan mengetuk pintu hati yg kosong...****(jiwang nmpk)***mmg jiwang pun, so pehal?xpuas hati?meh masuk gelanggang huh...belek2 folder dlm pandrive tetiba jmp gamba2 ni...(ececeh jgn tpu,snbnrnyer mmg ko simpankan?mengaku jelah)....huhuhuh...soksetsokset kesat idung,tetba rs nk selesema..ahax (T T)

org kate kenangan itu indah, tapi tak selamanya kenangan tu mampu bertahan dlm kotak minda...dan slalu je prk yg indah kita mampu ingt sbb bnd tu bt kita tersenyum (",)....ape2pun hidup mesti diteruskan..sedar tak sedar dah setahun pun since 1st posting di TERENGGANU..mase hanyalah satu angka, pengalaman adalah satu rasa dan kenangan adalah satu arkib yg tertulis indah pada takdir kudus seorang hamba...dan semoga Tuhan memberikan hati dan ingatan yg kuat spy kenangan dan pengorbanan insan lain terus dihargai termaktub kemas dlm lipatan setiap doa yg dipanjatkan...



naje n me....

din & en Isz

waney, sue & naje




mat duan, adnin, hakim & haje.....




din,en isz & HMN....




we'll be friends
hopefully without end
so i just wanna say thanks
Thanks for being my friend.....
to all friend at TERENGGANU...i miss u all so much...

Wednesday, April 7, 2010

aKu dAN Laut tak dapat DiPIsahKaN LAGI....

salam...
tengok saje tajuk pun dah tahu pe yg aku nk smpikan.....*****(lempang pp berkali2)****ko ingt semua org bleh bace secara tersirat n tersurat???huhuhuh
tapi mmg aku dan laut tak dapat dipisahkan lagi..aku mmg gila dgn laut...terlalu..dulu mase posting dekat terengganu hari2 aku pg tgk laut...skrg dah balik perak pun dapat jaga kawasan tepi laut...huhuhu Pangkor..i miss it so much...so sebagai penghargaan org2 yg mencuci mate di blog ni aku hadiahkan gambar2 yg aku tgkp guna phone...huhuhu tggu camera nikon D3000 xdpt2 lagi...
Pulau Pangkor..............



Pantai Batu Buruk(Terengganu=Laut China Selatan)

Teluk Batik



Lumut