Friday, July 23, 2010

Semalam yang telah berlabuh....

assalammualaikum...
sahabat sahabiah penguat medan dakwah, saudara islam seperjuangan yang masih lagi mengukir tembok2 dan langkah2 menuju Pencipta Yang Abadi...semalam telah berlabuhnya kisah itu, semoga hati2 kita masih kekal bersatu dalam mencari rahmat dan redho Allah Maha Penguasa sekalian alam yang tiada tandingan..mengingatkan semalam rasa benar ujian Allah pasti tiba buat hambanya, cuma dari cara mana kita menerima dan redhonya pd ujianNya itu..Tertulis indah dalam kalamNya yang berbunyi : "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan 'Kami telah beriman' sedang mereka belum diuji lagi, Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta-( Surah Al Ankabut 2-3)...
Teringat kata2 seorang Amir ketika menghadiri kursus kepimpinan pelajar satu ketika dahulu : "Jadilah seperti sebutir mutiara, tetap bersinar walau ke lembah mana ia diletakkan tidak kira di dasar laut hatta di lubuk selut sekalipun"..bagi yang tersisip pada kata2 itu mugkin menganggap maksudnya biasa, tapi fikirkan sejauh menjangkau pemikiran itu, maksudnya sungguh dalam menusuk ke dasar hati...biarla ke mana dan di mana sekalipun layar hidup kita dilabuhkan, jangan pernah terusik dan ternoda dengan tipu daya yang melalaikan, bukan sekadar mengingati diri sendiri malah saudra seIslam yg sy muliakan..benar perjalanan itu penuh duri, kadang terduduk dengan ujian yg tak tergambarkan oleh akal yg serba kekurangan..dan ingatlah janji Allah itu benar, sesungguhnya dalam lukisan Dia menguji kita, penuh tersirat hikmah dan ganjaran lebih besar jika sebagai hamba kita sabar dan tabah dalam perjalanan itu..semoga Allah membalas segala niat ikhlas yg dipanjatkan kepadaNya dengan rasa syukur dan berita gembira dari sana kehidupan yang abadi..
"Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini (org yg telah dibayangkan tadi) telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi (perintah)Mu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah ikatannya..Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalannya(yang sebenar). Penuhkan (piala) hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma'firat(pengetahun sebenar) tentangMu...(Jika Engkau mentakdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dlm perjuangan agamaMu..Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong..Ya Allah perkennkanlah permintaan ini..Ya Allah restuilah dan sejahterkanlah junjungan kami Muhammad, keluarga dan para sahabat Baginda semuanya...Aminn.."
Taubat Seorang Hamba
Irsyadee Feat Hafiz Hamidon
Hati hiba mengenangkan dosa2 yang kulakukan
Oh Tuhan Maha Kuasa
Terima taubat hamba berdosa
Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah..terimalah..terimalah
Taubatku ini
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan
Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah..terimalah..terimalah
Taubatku ini
Dihamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...
p/s :semoga Allah berikan kekuatan meningkatkan amalan pada bulan Syaaban bulan mulia junjungan tercinta Rasulullah S.A.W...

No comments: