Friday, July 30, 2010

hIdup Itu IBarat pUTARan RODA.....

Assalammualaikum...
Hidup yang panjang bertatih pada perjalanan seorg hamba yg penuh dgn kekhilafan...sungguh tak sanggup dan tak berdaya melambatkan detik waktu yg berdegup sepantas denyutan nadi hanya kerana ingin smuanya sempurna..3 minggu yg penuh dengan rentak2 hidup yg tak terjangkakan...Tuhan sungguh ku tak berdaya menahan redup rendam rasa jiwa dengan khabar2 itu, tapi sesungguhnya aku tahu itu yang tertulis kemas dalam Qada dan QadarMu dalam meyempurnakan rukun iman yg abadi...
Tuhan itu sangat adil dalam merencanakan indahnya perjalanan mnguji hamba2Nya...lewat kemarin yg lampau ku terima berita2 kematian..perginya insan2 tersyg dikalangan teman..sabar,tabah dan teguhkanlah iman...Al-Fatihah ku kalungkan buat yg telah pergi..semoga diampunkan segala kesalahan, diterima segala amalan dan berada seiring dengan para mukminin yang soleh....
Belum hilang sendu yg terhiris pd hati, Tuhan khabarkan berita gembira pd teman2...usaha dan tawakal pdNya berbalas juga...kenaikan pangkat dan diserap sbgai kakitangan tetap melukiskan senyuman pd bibir2 sehalus ucapan syukur dan tasbih diatas perkhabaran itu...lihat teman, Tuhan sudah khabarkan kita semua akan diuji...dan pengakhiran ujian itu Tuhan dtgkn berita gembira...bersyukrlah, bertahmidlah memuji kebesaranNya, tiada terbalas dgn nikmat yg telah Dia kurniakan..Alhamdulillah, amin ya rabbal alamin...
Indahkan hidup bertuhan, semuanya diatur sempurna, walau kadang jauh terduga bilakah dtgnya berita gembira itu lagi...dan minggu2 yg rapuh pun telah pergi, menghambat hati dgn sayu dan gembira silih berganti...tapi kita manusia, dan dlm jatuh bangun itu tak terdaya menolak pertemuan dan perpisahan...semalam telah pergi seorg teman, bertukar udara ke tempat baru...mustahil kita menyembunyikan rs sedih...teman seperjuangan pemangkin idea pergi bertugas di tempat baru...nah mungkin Tuhan telah katakan sekadar disini Dia menempatkan kamu, dan tentu Dia telah menabir indah kotak-kotak kehidupan baru yg penuh dgn warna warni...sambuntlah dgn tenang, teruskan perjalanan temanku..semoga Tuhan menambahkan ilmu,iman dan amal kalian bertauhidkan kalamNya yg satu.....
Firmannya yg bermaksud :" Kami menguji kamu sekalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai dugaan kepada-Ku kamu akan kembali"-(Al-Anbiya : 35)
P/S : "Mencari kemanisan dalam kehidupan..Mehnah mendatang terasa terbeban..Bawa Hatimu Kepada Tuhan..Disana menanti syurga Idaman"

1 comment:

wani ezryl * said...

kesenangan tu jugak satu bentuk ujian. sm ada boleh handle dgn baik atau x ^^v